15 April 2013

Dendam sampai mati.




Assalamualaikum wbt,

Saja nak share pasal info yang aku bca kt Metro. semua yang aku share ni credit dkt Metro eh..Thankyou Metro sebab bagi info yang best bagi aku baca :)) Daebakkk

Foto
                                                                           Clare



London: Kerana dendam, seorang wanita tua sanggup mencemar pusara isteri seorang lelaki yang pernah melukakan hati temannya.
Perbuatan wanita berusia 78 tahun itu, Clare Burke bagaimanapun terbongkar apabila lelaki terbabit memasang kamera litar tertutup di sebalik pokok berhampiran kubur isterinya.
Ron Wilks, 77, melihat Clare mencampakkan bunga layu dan batu kerikil pada kubur mendiang isterinya, Jill Wilks dan cucunya, Haryley Reynold selepas memasang kamera itu. 

Majistret di Cheltenham, semalam diberitahu Clare bertindak mencemar kubur itu kerana berdendam terhadap Wilks.

Foto
                                  WILKS (kiri) dan anaknya di kubur isterinya yang diganggu Clare.


Dia mendakwa Wilks bertunang dengan seorang wanita yang pernah berpacaran dengan bekas temannya.

Pendakwa raya Sharon Jomaa berkata, video itu merakam perbuatan Clare mencampakkan beg penuh dengan bunga layu dan batu kerikil di atas kubur isteri Wilks.

Dia juga mencabut bunga segar dan menanam pokok yang sudah mati pada pasu di kubur di Coney Hill itu.

Wilks memberitahu mahkamah, dia mengenali Clare ketika bekerja dengan sebuah syarikat kewangan dan Clare pelanggan syarikat itu.

Kerana kesalahannya itu, Clare dikenakan hukuman tertunda selama 12 bulan dan dilarang melawat tanah perkuburan itu. 

Wanita itu juga diarah membayar kos ganti rugi berjumlah £100 (RM480).

Ini bukan kali pertama Clare berdepan dengan kes mahkamah. Dia pernah dituduh mengganggu bekas teman lelakinya dengan menghantar poskad mengecop lelaki itu sebagai penagih Viagra dan penipu. - Daily Mail


6 comments:

  1. ayoo.setakat campak2 batu n bunga ke kbur mendiang apa yang dia dapat? ahaha..bukan mendiang akan balas pun..mental betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mental kan, ,maafkan dah la ni nak dendam2 lgi, ish2

      Delete
  2. laa mcm tu pulak...sia2 jer..dah mati kot...

    ReplyDelete
  3. x patut2 jadi bad publicity.

    fae ^^

    ReplyDelete
  4. la hai.. dgn orng dh mati pun nak berdendam eh.. pelik2.. udah2 ler tu.. dah tua pun awk tu..

    ReplyDelete

assalamualaikum my Bumblebeee