02 April 2013

Arnab paling berat di dunia .


Assalamualaikum wbt

Foto



London: Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.
Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. “Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.

“Walaupun begitu, Ralph sihat,” katanya.
Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.

“Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya,” katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.


P/S: kalau aku ada arnab besar mcm tu kan best .tapi tahi dia msti byk juga kan ? hehe


Sumber: Metro

2 comments:

  1. Arnab debab..hehe..agak2 dia ada obesiti tak? huhu..dah debab tak comel..LOL..hehe..btw kita dah follow balik..hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, nana arnab ni sihat laa,, mybe bulu dia tu tgok mcm besar lak arnab tu kann, eheh, thanks nana :))

      Delete

assalamualaikum my Bumblebeee