18 October 2015

Mak bapa. Ailebbiuu

Assalamualaikum

Selalu terdetik dalam diri

Kalau mama bapa pergi dulu. Macam mana dengan aku

Kalau aku pergi dulu. Macam mana dengan mama bapa

Mak. Bapa

Aku rasa aku anak paling bertuah dalam dunia memiliki kamu

Aku rasa aku punya orang tua paling sempurna dunia akhirat

Allahhu.

Izinkan aku membahagiakan mama bapa

Dalam cara apa pun.

Terima kasih untuk semua kasih sayang. Penat lelah. Marah nangis. Tawa gembira.

Merenung kamu buatku bahagia.

Allahu.

03 October 2015

Aku dengar jam loceng berbunyi.

Mencari sesuatu di sebalik sirna

Membelek belek, merenung jauh

Mencari yang tak pasti, mengejar yang tak berkesudah

Mencari biru dalam lautan luas, mencari putih balik awan gelap

Semakin lama semakin payah. Buntu. Penat. Lelah.

Mau lena diselimuti mimpi.

Bangunkan aku saat semuanya hampir tamat.

11 August 2015

Maka Untuk Apa Aku Disini




sepertinya aku ini jalan yang yang kosong
sepertinya aku ini kaca yang bolong

dan sepertinya tak ada siapa yang melihat aku di sini
dan sepertinya ada cahaya bila aku terus terbang tinggi ke atas langit jingga

sepertinya aku ini terhukum oleh tuhan kerna aku ini penuh dgn benci
sepertinya takkan ada sesiapa yang sudi bersama aku untuk memahami

sepertinya aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi
sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi bersama menemani aku sampai pagi

kerna aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku
yang meneman aku sampai biru

kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu
sepertinya aku ini bolong, kosong, lohong, semuanya
itu semuanya aku

kenapanya aku ini tak bisa untuk menyedari yang aku ini tetap bukan siapa2?
sepertinya
sepertinya

sepertinya aku ini debu yang tak punya harga apa
sepertinya aku angin yang tiada
sepertinya aku ini wujud tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku di sini?




RAMLI JIWA :)

09 August 2015

Suatu saat pasti kita akan terkenang perkara lalu

All those memory left behind.

To be smile of or leave it

Kadang kadang life is seteruk mana menghimpit, tapi selalu ada pertolongan

Dari Nya.

Kadang kadang mahu kaut semua isi dunia tapi life is short, hidup di sana kekal abadi

Well. Lesson learned.

Utk masa lalu, utk sekarang, utk kedepan

Aku menghargai semua yang datang pada masa lalu.

Cuman, kadang kadang sepi itu datang utk masa lalu.

Berlarikejarimpian.

03 August 2015

Selamat hari raya

Assalamualaikum

Selamat hari raya yang ke 18.

Alhamdulillah. A great raya, ramadhan tp rasa macam kurang. 😔 😔

Raya simple mimple..cukup family semua disisi biar baju segala macam xprepare langsung,, raya jugakk. Hehe..

So. Selamat hari raya maaf segala silap. Tulis saja untuk isi ubat rindu..

Fi hifzillah.

Indeed

Got you

11 July 2015

Happiness is....

Happiness issss..

Yes. Bukuu :)

Buku buku skrg is now more to motivated, inpsiration, feelings, tapi secara meluas, terkeluar dari kepompong hidup.
Orang skrg pun lagii suka baca buku,. Guess so. Sbb mudah. Online shop jual buku belambak, senang, lg cepat dpt dr pegi kedai kan. Kan.

Aku suka buku. Tp some of beli jak tp blum baca. Haha

Suka yang deep, jelas terang menerang tapi amat dalam artinya.

Satu hari kalau ada mini library of mine pun best.
Suka orang baca buku dari baca skrin henpon

Makan hp sama casing . Heh

08 July 2015

Just dont

Dont feel

Dont cry

Dont get angry

Dont get messed

Dont too childish

Dont overthink

Dont over reaction

Just dont do it.

Behave

Well manered

Be kind

Be matured

Be a super woman

Be strong

Be who u have to be.

Syukur Alhamdulillah atas semuanya..

Jangan tinggal takuk lama. Koyakkan rabakkan. U'll see the new changing one

05 July 2015

Satu hari

Ikut kewarasan akal

Yang sudah penat berkata. Memikir. Menjadi kebudakan.

Mungkin harus bersifat matang. Walau tidak pada dasarnya

Menjadi sesuatu

Yang sudah



28 June 2015

12 June 2015

HAI AWAK






antara aku dan DIA



" kadang2 orang tak faham gunanya tarikh di setiap entri blog atau status.
maka aku hendak terangkan.

tarikh adalah batu tanda kejadian.
tentang bila.
mengenai ketika yang khas itu.
terjadi di spesifiknya waktu.

begitu tidak adil dan kejam andai sesuatu yang ditulis pada suatu tarikh digunapakai di tarikh yang lain. boleh jatuh fitnah. boleh porak-peranda. boleh membakar amarah.

anita dua tahun lepas menulis tentang bahagianya dia berdangdut dengan musa.
semalam--
dia menulis tentang syurga itu terlalu cantik warnanya.
kenapa dipersoal siapa anita yang dulu?
kenapa tidak dinampak semenjak ramadhan tadi dia begitu gigih mencari diri yang baru?

azri tujuh tahun lepas menulis dengan maki tentang bencinya pada perempuan dan betapa takkan mungkin dia menghormati wanita lalu menikahinya. 
tadi--
dia bercerita tentang gigi pertama anaknya yang sudah mahu rompong kerana gula2.
kenapa dipertanya siapa azri yang dulu?
kenapa tidak dipandang bagaimana dimuliakan isterinya ke tahap pelangi di langit biru?

cepat.
atau lambat.
itu sahaja.

perubahan kita manusia--
ada.
cuma cepat--
atau lambat.

kita semua bukan kita 5 tahun dulu.
kita semua bukan kita 3 bulan lalu.
kita semua bukan kita 4 saat tadi.
kerana kita manusia--
dan kita percaya pada memperbetul diri.

jangan hukumkan seseorang hari ini demi tulisannya sebelas ribu tahun yang lalu. 
bagaimana bernanah dia, sekurangnya dia sedang bertatih kini.
bagaimana pujuk dia agar diterima tuhan, itu antara dia dengan rabbi.

janganlah pula tudingkan seseorang hari ini demi dirinya atas apa yang kau tafsir pada mata kamu.
bagaimana berulat dia, sekurangnya dibangkit semula esok pagi.
bagaimana busuk dia, mungkin dia yang mendapat sempat berbanding kita sendiri.

sibuk2 busuk orang,
mulut sendiri lupa diperiksa.
sibuk2 ketiak orang,
badan sendiri lupa dijaga.

kita semua pendosa.
mungkin masanya berbeza2.
mungkin dosanya tidak pun sama.
tetap--
tak ada kalangan kita yang sempurna.

syurga itu terlalu luas untuk kau lokekkan.
apa seronok merasa nikmat tanpa ada siapa2 untuk kau kongsikan?
apa bahagia menggomol keindahan tanpa ada siapa2 untuk kau sama2kan?

berhentilah menjadi tuhan.
kalau tak mau dibantu tatihnya--
jangan dipengkes kaki mereka.

biarkan. 

kenangkan--
andai rasulullah memandang masa lalu--
tak mungkin umar menjadi al khattab.

umar.
yang ketika kafirnya menanam hidup2 anak perempuannya.
yang suatu masa dahulunya bersekongkol ketat dgn abu jahal yang gila.

umar.

*hela nafas*
haih...

aku adalah antara yang tidak percaya pada memadam entri2 lalu.
aku dengan waras mau membiarkannya terjelas.
bagi aku--
masa lepas layaknya dibiar di masa lepas.

aku perlu biarkan demi suatu masa dibaca setiapnya satu persatu.
agar aku SENDIRI melihat betapa jauh perjalanan aku mencari tuhannya.
sehari seinci--
jadilah, dari tak ada.

mana tau,
satu hari nanti,
ada yang berkata:
"kalau perempuan seburuk INI mampu kembali pada tuhannya--
apa lagi aku".

aku percaya,

cahaya tetap sudi menjamah aku. "


("FYNN JAMAL")



26 May 2015

Pejamkan mata

Duniawi

Sering ku terkejar kejar sampai lupa akhirat

Ampuni hamba Mu ini Ya Allah

27 April 2015

What do i need.

Pagi2 tu, aku bangun terlepas dari mimpi
Lihat cermin, lebam mata aku,, senyum. Apa yang perlu cuma senyum
Perempuan kadang menyusahkan tapi menyenangkan,
Kadang2 perempuan merumitkan

What do i need
Cuma perlu kata semangat awal pagi,
Cuma perlu kau kata okay ka pagi2 ni,.
Cuma perlu sedikit ayat untuk ceriakan pagi aku

Tak perlu byk bicara.

Aku faham apa mau mu, apa tanggungjawab mu, apa tugasmu

Aku tau kau penat, bgtu jga aku. Tapi penat ini untuk apa

26 April 2015

In the night

Do every tears drop count.

Do every smile fades away

Perempuan,
Is selemah lemah ciptaan Ilahi

Tiap malam sayu, tiap malam kabur, tiap malam pedih.
Cuma mungkin saja ini lah perhubungan
Hmmm.

Perempuan,
Tak difahamkan akalnya mau nya apa

Kalau boleh aku mau usap air mata ini, yang selalu ada, yg selalu menemani,
Hari ini air mata itu keluar lgi. Tapi kadang tak tahu utk apa.
Inikah perhubungan

Aku xfaham
Mungkin cuma aq yg xmemahami,
Atau mau cuma diri sendiri difahami

Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku baca setiap air mata yg keluar , bdosa setiap lelaki itu,, aku minta maaf
Mungkin air mata ini utk aku , barangkali

Hmmmm.

31 March 2015

Perasaan


Bole teka perasaan ini mcm mna sekarang?

Bole rasa macam mana baur nya perasaan ini?

Bole cakap apa perasaan kau untuk aku?

Manusia sama manusia tiada yang faham. Cuma memahami situasi bukan perasaan.
Kalau marah smua rasa marah mau lempar.. ayat tidak serupa bikin, ayat beterabur, ayat bodoh.
Cumanya marah untuk hal yang kecil, pasti siapa pun bole kawal.. cuma tidak aku,
Rajuk aku sampai isnin selasa, rabu pasti hilang,, tapi jumaat happy tup tup ahad datang lagi.
Duhh,

Emosi ego sombong . Semua manusia ada ini. Cuma cara pusing beza.
Kalau aku semua jadi satu.

Sampai masanya kita harus tabah jalani semua, Allah menguji tahap mana kita bole kawal ..marah2 rajuk ada pasang surut. Cuma takut.

:(

Allahuakhbar.

11 January 2015

Alhamdulillah


assalamualaikum.

2015 new entry all by the way.

keep silent macam bizi membizi.


Selamat menempuh semuanya

Alhamdulillah untuk nafas sampai detik ini.