25 October 2013

randomly wishlisht =)















assalamualaikum.

immmaa soo soo soooo in the mood of teda buat hape2 jadi bukan boring la tuuu.. takdak keja d hostel jadi update la kan. .hihi. boring gila stay hostel tapi kuatkan semangat. another 4 days di sini and i choww. weheee..

and apabila mengatakan pasai randomly wishlist, this is  perkara paling super duper i loikeeee. .i love DIY  so sooo much, i love decorating, arranging, , semualaaa. .oh i wish i've bcome designer interior.. hmm.. angan-angan ish ishh. hihihi

someday i wish i wish i wish i wish have a room like a boss. skrg pon mcm boss jugak alhamdulillah tapi masa utk kemas tu belum lagi. byk lagi mau diy tapi blum ada masa.. insyaallah . :) decorate my room fully kaler blue. .omoooooo comellll

http://www.homestoriesatoz.com/wp-content/uploads/2013/02/Daisys-Room-@-DaisyMaeBelle.jpg
ni comel. kecil tapi supercomelness 

 sweet. angan2 letak gambar dengan tersayng semuaa. ecehhh

http://www.creamylife.com/wp-content/uploads/2012/09/diy-wooden-bead-light.jpg 
lampu tu cute kan.. ringkas. 

http://threadsence.com/Blog/wp-content/uploads/2012/08/2rwkm5k.jpeg 

http://organizeyourstuffnow.com/wordpress/wp-content/uploads/2012/10/Emilees-Bedroom-001.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDatCW3JQ9euyUr_SIDYG4099qquRw5Zj2kVFOVgkJKffPbRY3sto7HRxZ5fDklW_J7hYVET5RQZ4LONpgzBEoCRfnoutRHUODlhyT0-nPy5VkrKLMXZ8kuS9rF0ukWUCASaNTVFiyhccR/s1600/bedroom-diy-4-a.jpg 

http://qawoo.com/wp-content/uploads/2012/10/DIY-Decorating-Bedroom-Wardrobe-Design.jpg 
biruuuu mcm ni paling cantik,, mau mau mauuu.. 

heh, geram adoii tgok ni. .p tgok byk2 dkt nenek gugel if u want more smbil geram2 hentak laptop. haha

seee uu guys,. doakan saya jawab dgn tenang diz wed :)

salam :)





 

ucaplah alhamdulillah





Assalamualaikum. baca berita metro hari jumaat ni macm2 yang pelik, yg sadis, yang kita xsangka berlaku.. hm tapi ni yg paling menarik perhatian . sekali tgk hm hati kata syukur alhamdulillah. kita pegi sekolah dlu bangun tidur mandi air panas, breakfast sedap2, pakai kasut tgu bapak hantar g sekolah. lgsung takdak pkir, takdak takot.. tgok dorg ni kesian .hm :(


'Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad’ antara kata-kata hikmat yang biasa kita dengar sejak kecil lagi.
Justeru, adalah sukar untuk mengukur betapa berharganya ilmu sehingga ada orang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkannya.
Di seluruh dunia, ramai mencabar diri sendiri dan tidak mudah putus asa untuk mendapatkan ilmu walaupun bertahun-tahun mereka bergelut dengan pelbagai rintangan.

Teladani dan selamilah susah payah mereka ini yang jauh bezanya dengan kesenangan yang kita kecapi di bumi bertuah Malaysia.

FotoKAMPUNG Batu Busuk, Sumatera Barat, Indonesia.


Desa Sanghiang Tanjung, Lebak, Banten, Indonesia

Apabila sekumpulan pelajar berpegang kepada batang keluli di sisi jambatan yang runtuh bagi ­membolehkan mereka menyeberangi sungai untuk ke sekolah di desa Sanghiang Tanjung di Lebak, Banten, Indonesia.

Banjir dari sungai Ciberang memusnahkan tiang jambatan yang menyokong jambatan gantung itu sejak ia dibina pada 2001.

Sofiah (depan) antara pelajar yang menyeberang jambatan itu berkata, dia terpaksa berjalan kaki dengan masa tambahan selama 30 minit sekiranya mahu menggunakan jambatan yang lain.


Sri Lanka

Mereka adalah sebahagian pelajar perempuan cuba menyeberang tembok kubu Galle dengan berjalan di atas papan yang dibina pada abad ke-16 di Sri Lanka.


Kampung Orllan, Tasik Batllava, Kosovo

Seorang pelajar melintasi Tasik Batllava yang membeku di Kosovo sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Kebanyakan pelajar di Kampung Orllan memulakan hari pertama persekolahan selepas gangguan akibat cuaca buruk.

Mereka terpaksa menyeberangi tasik beku tiruan Batllava yang membekalkan air ke ibu negeri Pristina bagi membolehkan mereka ke seberang untuk sampai di sekolah.


Desa Genguan, China

Xu Liangfan, 37, mengiringi kanak-kanak yang sedang berjalan di atas tebing untuk sampai ke Sekolah Rendah Banpo di daerah Shengji, bandar Bijie dalam wilayah Guizhou, China.

Xu yang bekerja di sekolah terbabit pada tahun lalu merupakan guru besar sekolah selain mengajar matematik dan kelas gimnasium.

Terletak di tengah pergunungan, sekolah itu mempunyai 68 pelajar manakala kira-kira 20 daripadanya tinggal di kampung Gengguan yang berhampiran.

Mereka perlu melalui tebing sempit untuk sampai ke kelas pada setiap hari yang mengambil masa selama dua jam sambil ditemani Xu. Laluan tebing terbabit yang dibina lebih 40 tahun lalu adalah satu-satunya jalan antara Kampung Gengguan.


Taytay, Rizal, Filipina

Tidak perlu memakai kasut sekolah sebaliknya kumpulan pelajar di Taytay dalam wilayah Rizal mengenakan but getah dan menggunakan kerusi sebagai jambatan mudah alih untuk sampai ke kelas di sekolah rendah Sitio Tapayan, Filipina.

Menurut tenaga pengajar di sana, kawasan sekolah yang dibina di atas bekas tapak pembuangan sampah tidak mempunyai sistem saliran dan parit malah sentiasa dibanjiri air.


Srinagar, India

Kanak-kanak Kashmir menyeberang jambatan rosak yang dibina merentasi sungai untuk pulang ke rumah dari sekolah mereka di Srinagar.


Kampung Nagari Koto Nan Tigo, Sumatera Barat, Indonesia

Dua pelajar perempuan sekolah rendah menyeberangi sungai untuk sampai ke sekolah di Kampung Nagari Koto Nan Tigo di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.

Mereka antara kanak-kanak daripada kalangan 46 keluarga di kampung itu terpaksa menyeberang sungai pada setiap hari kerana ketiadaan jambatan.


Dadaab, Kenya

Sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak Somalia ini untuk belajar di luar kelas di kem pelarian Dagahaley di Dadaab, timur laut Kenya.

Pertempuran sengit di Somalia memaksa puluhan ribu penduduk keluar daripada rumah masing-masing pada 2009, memenuhi kem penempatan terbesar dan tertua di dunia di sempadan Kenya sebagai tempat berlindung untuk lebih daripada 270,000 pelarian Somalia.


Aleppo, Syria

Meja tulis yang usang tidak menghalang tiga kanak-kanak ini berada di sekolah Al-Tawheed meskipun perang saudara sedang melanda Aleppo, Syria.


Gharbia, Mesir

Boleh mengakibatkan kemalangan di jalan raya, tetapi ia adalah rutin bagi sebahagian pelajar di Gharbia menumpang kenderaan selepas menghadiri sekolah di Ibsheway el-Malaq, Mesir.


Kampung Bassi Kalan, Jammu, India

Gambar yang dirakam pada Ogos 2011 ini menyaksikan pelajar lelaki sekolah rendah di Kampung Bassi Kalan, pinggir Jammu, India terpaksa mengangkat dan memindahkan bangku sekolah mereka kerana ditenggelami air akibat hujan lebat.


Sampit, Kalimantan Tengah, Indonesia

Negara Indonesia tidak pernah lari daripada diselubungi jerebu seperti mana yang berlaku di wilayah Kalimantan Tengah, Indonesia.

Meskipun, jerebu teruk menyelimuti Sampit pada 2012 itu dipercayai disebabkan kebakaran hutan dan pembersihan tanah untuk kegunaan perladangan oleh penduduk, ia juga tidak menghalang kanak-kanak ini meneruskan niat mereka berbasikal hingga ke sekolah.


Muzaffarabad, Pakistan

Masih tersenyum dan ceria bagi sebahagian mangsa gempa bumi yang menghadiri kelas di sekolah terbuka di bandar Muzaffarabad, Pakistan yang musnah pada 25 November 2005.


Tokyo, Jepun

Beramai-ramai memakai topi pelindung antara gambar yang diambil sewaktu pelajar berjalan ke sekolah rendah di Tokyo pada 25 April 2011.

Beberapa sekolah di Tokyo menggalakkan pelajar mereka memakai topi untuk melindungi kepala mereka sejak negara matahari terbit itu ditimpa gempa bumi dan tsunami.


Havana, Cuba

Seorang pelajar bersusah payah mengharungi banjir untuk ke sekolah selepas air laut memenuhi sebahagian Havana, Cuba akibat air pasang dan ombak besar pada 3 Mac 2010.


Pickering, Toronto, Kanada

Mereka kelihatan kecil sewaktu melalui kawasan menara jana kuasa dan berjuang merentasi padang terbuka dengan keadaan ribut di musim sejuk di timur Pickering, Toronto, Kanada pada 12 Disember 2000.


Kampung Batu Busuk, Sumatera Barat, Indonesia

Setiap hari, sekitar 20 pelajar sekolah dari kampung itu perlu berjalan sejauh 11.2 kilometer dari kampung ke sekolah mereka di Kota Padang.

Selain berjalan kaki di jalan tanah merah, mereka perlu melalui kawasan hutan dan menaiki jambatan yang rosak teruk akibat hujan lebat dan yang tinggal pada jambatan itu hanyalah juntaian kabel besi.

Mereka perlu berusaha menyeimbangkan badan ketika bergantung pada kabel terbabit di atas sungai yang terbentang luas. Jika tidak, maut akan menjemput mereka dek tenggelam dalam arus sungai kerana jarak jambatan dengan sungai itu agak tinggi iaitu kira-kira 9.1 meter.


Trong Hoa, Vietnam

Puluhan pelajar daripada darjah 1 hinggalah darjah 5 perlu berenang dua kali sehari menyeberangi sungai untuk sampai ke sekolah mereka di Trong Hoa, daerah Minh Hoa.

Bagi mengelakkan pakaian dan buku mereka daripada basah, mereka menempatkannya di dalam plastik besar yang tertutup rapat dan dibawa ketika berenang melintasi sungai. Beg plastik itu juga sebagai tempat berpaut dan mereka boleh mengapungkan diri dengan menyeberangi sungai yang lebarnya 15 meter dan 20 meter dalam.

Selepas sampai ke seberang sungai, mereka akan mengeluarkan pakaian daripada plastik itu dan memakainya kembali.


Desa terpencil di Rizal, Manila, Filipina

Sekolah yang terletak di sebuah desa terpencil di wilayah Rizal, Manila memaksa pelajarnya menggunakan bekas tayar sebagai pelampung untuk menyeberang sungai.

Mulanya mereka akan berjalan selama satu jam dari rumah sebelum sampai ke tebing sungai. Adakalanya mereka terpaksa ‘bercuti’ daripada mengikuti pelajaran atau berlindung di rumah saudara-mara terdekat sekiranya banjir menenggelamkan sungai.


Perkampungan di tenggara Bogota, Colombia

Kira-kira 40 kilometer di tenggara Bogota, Colombia, tinggal beberapa keluarga di hutan hujan terbabit. Kebanyakan kanak-kanak perlu menggunakan kabel besi sama seperti gondola yang menghubungkan dari satu lembah ke satu lembah untuk ke sekolah.

Kabel besi itu berukuran 800 meter panjang dan tergantung setinggi 400 meter daripada permukaan Sungai Rio Negro.

Jurugambar, Christoph Otto berjaya merakam gambar luar biasa sewaktu Daisy Mora dan adiknya, Jamid, 5, meluncur dengan laju iaitu sekitar 80.4 kilometer sejam.

Dia mengikat dirinya pada karung yang berisi adiknya manakala tangan kanannya memegang besi berbentuk tulang selangka yang berfungsi sebagai brek agar dapat melambatkan ­kelajuan kepada kira-kira 50 kilometer sejam. Namun keseluruhan perjalanan mengambil masa selama 60 saat.

Selama beberapa dekad, penduduk berulang-alik menggunakan kabel besi itu dan sering mendatangkan kemalangan apabila angin bertiup kencang.




16 October 2013

just stay calm


when it comes to hati-hatian ni.. theres so many reason to talk too, to think of, 
and get rid of it. 

hm, ive always want that i want, take care of myself the way  i did, talk without any boys that would distracted my feelings yeah.. i want everything that would be always me and not to think of boys. 

when people change ,so do the feelings, , i just hopes to let u stay, deep inside theres always u. when u cheat all my friends with ur silly milly jokes,,then i think why its not me. after 2 years ive got the answer.. paboooo

i laugh when thinks about the last gudbye from u . hey, comel. . and when it comes to get rid of it. its stop . 

its not easy to forget. tanam dalam2  korek sendiri susah. its not about the relationship, its just about the bond we create and if i dunt know u this wont happen. memang betul xsemua yg kita mau akan terjadi. .yes i do agree. 

and when the hati change. let still create the ties.  i dont know how to stop it already. 

and i also agree fairytale dont have a happy ending too. . 

terimakasih for the years.