26 April 2013

"Jururawat bantu datuk jual cucu"




Chandigarh (India): Seorang bayi berusia tiga hari dijual datuknya sendiri pada harga RM44,770 melalui laman sesawang Facebook.
Kejadian itu berlaku selepas lelaki terbabit berbohong kepada anak perempuannya kononnya bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan. Polis Punjab berkata, lelaki itu hanya dikenali sebagai Firoz ditawarkan wang bernilai Rs45,000 (RM2,518) oleh seorang jururawat hospital dan temannya yang terbabit dalam sindiket penjualan bayi.

Selepas Firoz mencuri bayi berkenaan, dia menjualnya kepada jururawat terbabit sebelum ia dijual pula kepada seorang ahli perniagaan New Delhi dengan harga Rs800,000 (RM44,770) melalui perjanjian yang dilakukan melalui Facebook. Media tempatan melaporkan, ibu bayi itu hanya dikenali sebagai Noora bersalin di sebuah hospital di Ludhiana pada 8 April lalu dan dibenarkan pulang sehari kemudian.
Namun, pada 10 April, seorang jururawat bernama Sunita dan rakannya, Gurpreet Singh mengambil semula bayi lelaki itu kononnya kerana tidak sihat. Sehari kemudian, Firoz berbohong kepada anaknya dan mendakwa bayi terbabit meninggal dunia.

Pada 12 April, beberapa orang dilaporkan datang ke rumah Noora dan menyerahkan bayaran Rs45,000 kepada Firoz dan lelaki itu meninggalkan rumahnya.

Bagaimanapun, Noora mengesyaki sesuatu apabila Firoz tiba-tiba memiliki wang yang banyak dan dia membuat aduan kepada polis mendakwa anaknya hilang.

Foto
Noora mencium anaknya yang baru berusia 10 hari selepas dia diselamatkan daripada sindiket penjualan bayi.

Foto
SUNITA (bertutup muka) diiringi polis selepas ditahan di sebuah hospital.

Pihak berkuasa kemudian berjaya mengesan Firoz di bandar Saharanpur di Uttar Pradesh.

Jurucakap polis berkata, ketika disoal siasat, Firoz akhirnya mendedahkan rancangan jahat berkenaan.
Katanya, polis kemudian bergegas ke hospital tempat Sunita berkerja dan berjaya menemui bayi terbabit. - Daily Mail.


23 April 2013

COSMODERM . sapa pernah cuba ??




Assalamualaikum :))

mau update, mau update.. tapi tgu rajin nnti, ,nak kongsi pasal Cosmoderm . hehe. sapa pernah cuba ? -ve or +ve ?  bersambung.....lalalalalaaaaaaa



Anak tinggal emak di perhentian bas.



Johor Bahru: “Tidak apa, biar emak saya duduk di sini, bukannya salah duduk di sini,” kata seorang daripada dua anak yang ditanya kenapa meninggalkan ibu mereka yang berumur 60 tahun gelandangan di hentian bas sekitar bandar raya ini sejak setahun lalu.
Dua wanita itu berumur 30-an dan 40-an kini bekerja serta tinggal di Singapura.

Penjaja yang enggan dikenali berkata, warga emas itu dikenali sebagai Raodah menjadi perhatian ramai, malah ada yang memberinya makanan serta wang.
“Anaknya berperwatakan tomboi dan perbuatannya itu ditegur ramai penjaja di sini namun tidak dihiraukan. Mereka datang sebulan sekali untuk meninggalkan sedikit wang belanja.

“Mereka meninggalkannya dengan alasan dia kesunyian di rumah berikutan mereka di Singapura,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, pihaknya mengenal pasti warga emas itu ketika melakukan operasi mencegah pengemis serta kutu rayau di sekitar bandar raya ini hujung minggu lalu.
“Dalam operasi itu, kami mengenal pasti 11 individu yang hidup gelandangan membabitkan tiga wanita dan lapan lelaki dewasa.

“Amat mengejutkan seorang wanita berusia 63 tahun menyatakan dia hidup gelandangan di hentian bas kerana anak perempuannya bekerja di Singapura.
“Dia memberitahu berbuat demikian kerana dipaksa anaknya,” katanya.

Ada jugak anak mcm ni. kesian emak dia terpaksa mengemis,, hurm :( Moga Allah singkirkan sifat mazmumah anak dia dan juga diri kita ini.. semoga dapat dijadikan ikhtibar buat semua, ,kesian emak dia kan:(


22 April 2013

gara-gara rambut peminat hilang.. bieber oh bieber



Kali terakhir me­ngubah gaya rambutnya secara drastik menyebabkan dia kehilangan lebih 80,000 pengikut di Twitter.
Justeru Justin Bieber boleh menjangkakan sekali lagi sejumlah besar peminat akan mengetepikannya selepas dia mempamerkan gaya rambut terbarunya. 
Penyanyi kelahiran Kanada itu menunjukkan gaya terbaru rambutnya ketika sesi bertemu peminat pada hujung minggu lalu. 

Bieber, 19, mengetepikan gaya sebelum ini dengan memilih gaya yang benar-benar berbeza.

Bagaimanapun, pemerhati berpendapat, gaya itu seolah-olah Bieber meniru Rihanna dan Miley Cyrus yang terkenal dengan rambut pendek sebelum ini.

Peminat Bieber memberi reaksi berbeza-beza. 

Ketika sebahagian mengalu-alukan penampilan itu, sebahagian yang lain menyatakan secara terbuka betapa meluatnya mereka melihat penyanyi terbabit. 

Seorang daripada peminat Bieber menulis di Twitter: “Apa yang dah dibuat Bieber pada rambutnya? Secara rasmi saya tidak lagi meminatinya.” 

Seorang lagi peminat menulis: “BIEBER ME­NGAPA ANDA MEMOTONG RAMBUT BEGITU? #ew #why’.”

Peminat lain menambah: “Rambut baru Justin Bieber mengingatkan saya kepada Miley Cyrus atau Rhianna LOL” 

Komen lain yang dapat dilihat menyatakan: “Rambut baru Bieber me­nyebabkan saya sesak nafas.” 

Satu daripada sebab mengapa Bieber menukar gaya rambutnya ialah, dia mahu membuat permulaan baru selepas berpisah daripada Selena Gomez awal tahun ini. 

Bieber juga mendapat publisiti buruk baru-baru ini, gara-gara pengalamannya tinggal sementara di London untuk memenuhi jadual siri konsert di Britain. 

Ketika di situ, Bieber terbabit dengan perselisihan faham dengan paparazzi dan mengecewakan peminat apabila dia lewat muncul di pentas. 

Sementara itu, pemerhati berkata, Bieber memang sangat serius apabila menguruskan rambutnya dan dia gemar menukar imej dari semasa ke semasa. 

Ketika menjadi tetamu Oprah tahun lalu, Bieber bercerita mengenai kecenderungannya itu. 

“Saya sukakan rambut panjang, tetapi apabila bosan, saya mahu menukar­nya sedikit,” katanya. 

Pada 2011, Bieber mengumpul AS$40,668 (RM123,535) di eBay apabila dia menjual rambutnya kepada pembida tertinggi.


p/s hish pelik jugak lah, pasal rambut pon bole meluat, nasib suara still best, pasai tu aq minat, bieber oh bieber :)

20 April 2013

mengantuk. zZzZzZZzz -_-




Salam, morning blogger yg tegar mahupun yg tidak mcm aku, haihh mau update tapi sleepy. slept at 3 am lebih kurang ,sebab apa la tu :P

such a sleepy day and its mine. -tukar lagu System of a Down tuh. kiki


tgok ,alaalalalaa, cuteeeeepiess.alahai mau tidurr tgok ni.


eeeee kiutnyaa. wahai kucing, napa u ni comel gilaaaaa?? grrr.. sakit mata tgok, hehe

mau tidur tapi dlm opis .hurm semangat !!


19 April 2013

# aku suka(Part1) : sis Honeypokapoka a.k.a N.Fatin Alwani yang ohsem






Assalamualaikum wbt,, <3

Ni 1st time bgtau hijabies yg aku suka. .yg sekian lama aku stalk dlm diam, ,yg suka baca semua post d blog, ,habis aku geledah baca smpai abis. .brpa kali Yang daaaa, over gila :P

Arini bgtau 1 dunia akak yg cun yg paling aku suka stalk,, Kak Honeypokapoka.. !!!
hehehe, i like her sbb humble ,biarpun xpenah jumpa in person.. dpt stalk dr her Tumbler, Twitter.. kiut gilaa,  n paling penting tutup aurat dan fashionable jugak,, skrg ni tgah preggy,, kiut gilaaa :)) pernah sekali tu tgk dkt Tumbler pasal wedding dia, hurm bestnya, meriah ,simple dan sweet.. 1st time tgok wedding mcm tu. Oh i wish :) akak fatin pernah stdy dkt Sabah juga, walaweh n baru2 ni dia travel g sbh biapon tgah preggy, uhh.

really admire yg pakai hijab covered everything,, biarpon ikot trend semasa, ,byk lagi blogger2 yg best , aku sendiri pon kalau tgok blogger yg tutup aurat, rasa ingin jugak jdi mcm bgtu.. skrg ni pun still adapting the Islamik way.. Niat baik msti Allah bls yg baik juga kan,




ni la Akak Fatin yang Ohsem mcm aku, ceh ceh :P

Alhamdullilah, 25 tahun diberi lagi peluang dan ruang untuk merasai hidup di dunia. Syukur diberi kesihatan, diberi rezeki, diberi dugaan, diberi keluarga dan kawan yang terbaik. Bakal menerima &#8216;permata hati&#8217; dalam masa 5minggu lagi. Moga semua doakan yang terbaik. Untuk suami @ehsanhanafi terima kasih kerana menjadi antara rezeki yang terbaik dalam diri ini. Alhamdullilah Alhamdullilah.  Terima kasih yaAllah. Terima kasih juga buat ucapan dan doa kalian. Allah saja yang dapat membalasnya.

Aaaaaa adorable to the max! @jannahjalidar  (at Nurul Wonder Wardrobe)


Its a perfect place for honeymoon/babymoon! RM200 per night. Visit sekeping.com for more info. (at Sekeping Kong Heng)

Bubble bubbly! (at Pekan Ipoh)

Mencari modal untuk pulang ke semenanjung (at Pasar Tanjung Tawau)

sis dgn asben dia sweet like a candy, aww happy for them, Buat akak Fatin, saya culik pic akak dkt Tumbler, jgn marah ye (*kalau kak fatin bacalah) hahaha . adorable kan, suka tgok tyle dia, preggy x preggy tetap kiut,. moga dapat baby yg super duper kiut, soleh dan solehah . ,biarpon sis xbaca blog aku ni tapi doa telus ikhlas buat sis :)))) 

haa jom p stalk Tumbler akak fatin dan sewaktu dgnnya :)) jom ! :DD

Twitter: nfatinalwani

Pinterest: http://pinterest.com/nfatinalwani/

Facebook: http://www.facebook.com/nfatinalwani

Instagram: http://instagram.com/nfatinalwani

hehhehe, till then ,

18 April 2013

Perjalanan Latihan Industrikuuuu.. wuuuu


Assalamualaikum,

Tgh memikirkan apa mau dbuat jadi update blog la hendaknya. .balik2 update berita terkini kan, hehe..
Today is 18 April 2013. 2 more weeks lagi abis L.I.. wuuuuuu xsedar mau abis suda. dkt2 mau abis bru la rasa jgn la abis, chingggg macam2 btol..

Alhamdulillah Allah masih pnjgkan umurkuu tuk LI ni..Allah ja yg tau perjalanan LI daku ini.. gumbira, geram, sakit ati, semua ada. biasalah people change dan tiada yg sempurna pun kn, ,accept them seadanya... eit tetiba jiwang kan,. cissss,

hm, akhir2 ni juga laa ada yg ni ada yg tu, staf Sukau pulak buat hal, eih kalau main2 ok la, ni aiyoo. sedang menaip ni pun meremang seluruh badan. hahahha,  kenapa la org skrg ni. .? muka aq ni mcm ada ilmu sihir ka ? em,. Allah bgi ujian.. tapi aduh,, stkt ni 3 org suda mcm bgtu,, argghhh, aku xsabar mau p jauh2,, arggghhhh takotttt !!!. .:(((( my feeling salu mcm ni, dri form 5 seterusnya dan seterusnya.. Ya Allah tunjukkan hamba-Mu ni jalan yg terbaik,. dan org2 yg sewktu dgnnya jugak. .

wuhuuu, perjalanan 2013 yg amat mencabar setakat ini.,, dan seterusnya yg belum aq tahu,, byk dugaan semua ada laa. arggghhhhhhh i wanna scream .i hate it really. .please bad feeling go away from me. i dun need u. .go

:(

17 April 2013

Metro : Ibu dan 3 anaknya mati .( ‘Kami tak akan disakiti lagi’ )


London: Seorang ibu yang sarat mengandung dipercayai membunuh diri bersama tiga anaknya selepas menulis dalam laman Facebooknya: “Kami tak akan disakiti lagi.”


Fiona Anderson dikatakan terjun dari sebuah bangunan tempat letak kereta setinggi 15 meter.

Beberapa jam kemudian tiga anaknya, Levina, tiga, Addy, dua dan Kyeden yang berumur 11 bulan ditemui mati di rumah panagsanya, kira-kira suku kilometer dari bangunan berkenaan.
Rakannya mendedahkan, Fiona, ‘ibu pintar’ yang berusia 23 tahun meninggalkan beberapa mesej meluahkan rasa kecewa selepas Craig McLelland, bapa ketiga-tiga anaknya, meninggalkannya untuk bercinta dengan wanita lain.

Dia sebelum ini menulis: “Tidak ada siapa inginkan kami. Tidak ada siapa yang membantu kami. “Orang sepatutnya membantu kami menipu dan cuba mengambil anak saya. Hanya Craig yang kami ada, tetapi dia juga sudah pergi.” Fiona dari Lowestoft, Suffolk, juga menulis: “Ibu amat sayangkan kamu dan saya akan sentiasa menjaga kamu. Saya memohon maaf kerana menyebabkan kamu kecewa. Kita tak akan disakiti lagi.” Pakar Patologi dari Pejabat Dalam Negeri semalam melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu untuk menentukan punca kematian mereka.

McLelland tiba di rumah pangsa Fiona selepas dimaklumkan ada orang membunuh diri. “Saya dapat merasakan siapa dia,” katanya.


Foto
Fiona 

Foto
MCLELLAND bersama ketiga-tiga anaknya.


Rakan Fiona Karleigh Burlingham, 20, berkata, Craig meninggalkan wanita itu kira-kira sebulan lalu.

“Ketiga-tiga anaknya sihat dan dibesarkan dengan baik. Dia melalui saat getir.” Seorang rakan lain berkata: “Kami diberitahu dia menulis dalam laman Facebooknya malam tadi: ‘Anak saya akan pergi bersama saya.’ Tidak sangka ada orang terfikir dia akan mencederakan dirinya, lebih-lebih lagi anaknya. - The Sun

p/s kesian anak-anak dia kan, :( dah mati akal apa-apa pon bole jadi kan, ,Allahuakhbar, Semoga Allah kuatkan iman kita :)


15 April 2013

Dendam sampai mati.




Assalamualaikum wbt,

Saja nak share pasal info yang aku bca kt Metro. semua yang aku share ni credit dkt Metro eh..Thankyou Metro sebab bagi info yang best bagi aku baca :)) Daebakkk

Foto
                                                                           Clare



London: Kerana dendam, seorang wanita tua sanggup mencemar pusara isteri seorang lelaki yang pernah melukakan hati temannya.
Perbuatan wanita berusia 78 tahun itu, Clare Burke bagaimanapun terbongkar apabila lelaki terbabit memasang kamera litar tertutup di sebalik pokok berhampiran kubur isterinya.
Ron Wilks, 77, melihat Clare mencampakkan bunga layu dan batu kerikil pada kubur mendiang isterinya, Jill Wilks dan cucunya, Haryley Reynold selepas memasang kamera itu. 

Majistret di Cheltenham, semalam diberitahu Clare bertindak mencemar kubur itu kerana berdendam terhadap Wilks.

Foto
                                  WILKS (kiri) dan anaknya di kubur isterinya yang diganggu Clare.


Dia mendakwa Wilks bertunang dengan seorang wanita yang pernah berpacaran dengan bekas temannya.

Pendakwa raya Sharon Jomaa berkata, video itu merakam perbuatan Clare mencampakkan beg penuh dengan bunga layu dan batu kerikil di atas kubur isteri Wilks.

Dia juga mencabut bunga segar dan menanam pokok yang sudah mati pada pasu di kubur di Coney Hill itu.

Wilks memberitahu mahkamah, dia mengenali Clare ketika bekerja dengan sebuah syarikat kewangan dan Clare pelanggan syarikat itu.

Kerana kesalahannya itu, Clare dikenakan hukuman tertunda selama 12 bulan dan dilarang melawat tanah perkuburan itu. 

Wanita itu juga diarah membayar kos ganti rugi berjumlah £100 (RM480).

Ini bukan kali pertama Clare berdepan dengan kes mahkamah. Dia pernah dituduh mengganggu bekas teman lelakinya dengan menghantar poskad mengecop lelaki itu sebagai penagih Viagra dan penipu. - Daily Mail


11 April 2013

G-Dragon in da house yoooo everibadeh :))




Assalamualaikum , Gud Morning dunia, Alhamdulillah praise to Allah swt dan Rasul junjungan, :))

yeah, yg dok KL yang minat KPOP gila ni bole p tgok G-Dragon kan. .tapi yg dok sbh ni bole dgr2 jak. hehehe.. im not a fanatic of KPOP act, ,tapi lgu2 dorg ni bole layan jugak la, hihihi,, baca dlm Metro pasal kedatangan G-Dragon ni haaa, kalau G-dragon ni aq suka lagu dia -MISSING YOU, pernah jdikkan background dkt blog tapi suda buang, hihi, fanatic xfanatic lagu tetap main. cehhh


Kiut jugak dia ni kann. hehe


Mengesahkan konsert solo sulungnya di Malaysia, penyanyi kesayangan ramai juga anggota kepada kumpulan BigBang, G-Dragon atau GD jelas mengotakan janjinya untuk kembali ke sini selepas beraksi di anugerah berprestij, Golden Disk Awards ke-27 (GDA27) awal tahun ini.
Baru bertandang ke sini menjayakan anugerah berkenaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, penyanyi Crayon itu bakal menghangatkan Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Jun nanti bermula jam 8 malam. 
Bagaimanapun pembelian tiket konsert berjudul G-Dragon World Tour: One of a Kind anjuran Running Into The Sun serta Woohoo! Experience itu masih belum dibuka dan hanya akan dimaklumkan kelak.

Menyorot kegemilangan jejaka berusia 24 tahun ini, meskipun nama kumpulan BigBang yang dianggotainya itu sendiri sudah masyhur namun dia membuktikan dia juga boleh berdiri sendiri sebagai artis solo.

Menjadi konsert siri jelajah dunia yang pertama, ini juga adalah konsert solo keduanya selepas beraksi di Olympic Park, Seoul, Korea Selatan pada 2009.

Bukan saja namanya gah di Asia, GD yang petah berbahasa Inggeris turut melebarkan sayap dan berkolaborasi dengan beberapa nama besar di Barat termasuklah Flo Rida dan Pixie Lott.

Mencatat kejayaan tersendiri apabila album pertamanya, Heartbreaker ternyata mencetuskan fenomena dengan rangkaian lagu seperti A Boy, Heartbreaker, Breathe, Butterfly dan Hello, sebaik album kedua, One of a Kind menjengah pasaran, namanya terus marak.

Dua lagunya, Crayon dan That XX turut meledak apabila berjaya mendominasi beberapa carta utama di Korea Selatan dan pada konsert itu nanti, dia bakal menyanyikan rangkaian lagu daripada album berkenaan.

Berpengaruh kuat sebagai komposer, penulis lirik dan juga produser muzik, GD juga bukan saja mendominasi lapangan muzik malah turut diberi jolokan ‘fashionista’ paling berpengaruh juga.

Ini berikutan dia sering tampil dengan fesyen bercita-rasa tinggi dan unik sehingga menjadi ‘trend-setter’ kepada peminatnya di seluruh dunia. Disebabkan itu juga, dia melakar rekod tersendiri apabila tersenarai sebagai satu-satunya artis lelaki Korea Selatan dalam program CNN berjudul ‘50 reasons why Seoul is the world’s greatest city.

Tidak mustahil mengulangi sejarah konsert BigBang yang berjaya mengumpulkan kira-kira 25,000 penonton sewaktu konsert kumpulan itu diadakan di Stadium Merdeka, tahun lalu, kedatangan GD pastinya paling dinantikan sekarang.

Sedangkan sewaktu berkunjung untuk GDA27 tidak lama dulu pun, kebanyakan peminat hadir semata-mata untuk menyaksikannya, GD ternyata antara artis Korea Selatan yang relevan dan mempunyai pengikut tersendiri.

Setakat ini, antara anugerah yang pernah diraih pemilik nama sebenar Kwon Ji-yong itu termasuklah Artis Solo Lelaki Terbaik (Soompi France Awards 2012), Lagu Terbaik - Crayon (Soompi France Awards 2012), Artis Lelaki Terbaik (Omona They Didn’t Awards 2012), Rakaman Album Terbaik - One of a Kind (Seoul Music Awards 2013) dan banyak lagi.

Selain Malaysia, penyanyi terbabit turut mengesahkan akan berkunjung ke Jepun, Hong Kong, Taiwan, China, Singapura, Thailand dan Indonesia untuk siri jelajah berkenaan.

Take care peeps :)


09 April 2013

Strepsils untuk suaraku -_-


Assalamualaikum wbt yang cantik yang manis dan yang hensem :)


hmm, start sunday lagi sakit. .bukan teruk pun tapi ni 1st time suara mau hilang wuuu,, jadi tgok tb iklan strepsils warm tu mcm best. hihi'
Saja mau try2 sedap @ tidak,

haa ni laa strepsils warm yang d omong-omongin embak bapak ya, tetiba indon, ceit **

so far so good, tapi bole tahan jugak harganya ni ,ish2, tapi xpa demi suara ku ini ku sanggup, ceh ceh, walaupun suara still the same :( tapi InsyaAllah msti okey nti. Doakan era :))

apa lgi jom beli strepsils, hehehehe .

08 April 2013

I Love DIY :)


Assalamualaikum :)

biarpon bz dgn praktikal(bkn bz mnapon saja buat2 bz ceit -_-) sempat jugak ber-DIY, ,hee. .mulanya sbb praktikal la ni, aq pon xtau mcm mna bole terjebak utk DIY2 ni, ,lepas pulang keja msti gagahkan diri p kedai jual kain felt, borong semua .haha tamak :P . tapi bukan la p hari2 nooo..

Best gila kalau gugel tgk org buat DIY2 ni, mcm terharu btol tgk, i dunno why, myb sbb i love something cute sbb Tuan punya blog ni cute jugak, haha :PPP .well oh well. tu la pasal. iskkkk.

haa, lepas tgk org buat DIY ni, aq pon teringin jugak and terhasil lah bunga felt aq yang cute lagi comel .aww :))

things needed :

1. Kain Felt
2. Button apa2 pon boleh,
3. Lidi? hmm batang cucuk ayam tuu, ish ntah nama apa. hehe sori2 :))
4. Botol kaca, anything la ikot suka hati :)
5. Benang kapas @ wool (yg salu guna kait2 tu)
6. Glue Gun
6. Extra: jarum dan benang

Lets get started people :)))


                                     1. haa msti ada kain felt eh, tgok mcm ni kalerpul cantik :))

2. Lagi senang kalau ada bentuk bunga. gugel pon bole, taip flower template eh,

3. Lepas tu tekap la ikot bunga tu .xdalah susah mau gunting nti 


4. Lepas tu bole jahit butang tgah2 tu , saja xda keja kn jdi jahit jugak dkt kelopak bunga tu. hehe

5. Okeh tu la lidi tu., gam dkt blkg bunga tu., tgu la 1 minit mcm tu biar lidi tu xgerak2. grr

6. Haa yg suda siap ,comel .comel .** 

7. The wool dan tali :)) apa2 pon bole, saja pilih biru, taksub !! haha

8. Taraaaa, dah siap my botol kaca, botol apa pon bole, beli trus pon bole, byk jual, tapi ni saja buat sbb mau cuba jugak, tgok apa jadi dan ini lah hasilnya :)))) decorate apa2 ikot suka hati memang best .

9. And finally, semua suda siap, gigih terangkan semua tapi senang jak pon mau buat actually. kalau rajin gila hmm memang best. hehehe.. dannnnnn.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Taraaaaaaa.. my felt flower dan Diy botol kaca siap. huuuu bestnya tgok , cute, xsangka i can do it too.. biarpon xcantik trlmpau tapi yeah i really love my 1st DIY. hehehe, comel comel comel :))) 



hee, apa lgi jom ber-DIY . dari on9 24jam ,ada org marah2 bgus buat ni. hehe.. 


Bunuh 100 bayi dengan gunting


Assalamualaikum :)



Philadelphia: Seorang graduan sekolah perubatan mendedahkan bagaimana dia melihat bayi dilahir dan dibunuh dengan gunting secara rutin di Philadelphia.
Stephen Massof, 50, dari Pittsburgh, menceritakan kekejaman itu dalam perbicaraan terhadap bekas ketuanya Kermit Gosnell, Khamis lalu.
Gosnell, 72, dituduh membunuh tujuh bayi yang masih hidup di klinik Perubatan Wanita Philadelphia. 

Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Foto
Gambar menunjukkan himpunan beg plastik yang berisi bahagian tubuh bayi dalam peti sejuk di klinik Gosnell.

Massof yang menantikan hukuman selepas mengaku bersalah membunuh dua bayi baru lahir di klinik itu mendedahkan bahawa dia menyaksikan pengguguran bayi pada usia 26 minggu - dua minggu melepasi had 24 minggu yang dibenarkan.

Dia juga mendakwa melihat 100 bayi yang baru dilahirkan digunting di belakang leher bagi memastikan mereka mati. 

Massof turut menceritakan mengenai adegan mengerikan di klinik itu yang begitu kotor dan peralatan pembedahan yang berkarat.

“Ia penuh dengan janin. Janin dan darah ada di merata tempat. Ada yang kepalanya sudah tanggal dengan otak dari tubuh,” katanya kepada NBC.

Dia juga mendakwa mesin ultra bunyi di klinik itu dimanipulasi bagi membolehkan janin kelihatan kecil dan lebih muda.

Graduan perubatan itu juga menjelaskan dia memperoleh ijazah perubatan dari Grenada di Hindia Barat dan tidak menamatkan latihan doktor pelatih ketika bekerja dengan Gosnell pada 2003.

Tetapi Massof berkata, dia yakin niat ketuanya jujur dan doktor itu percaya dia membantu wanita miskin yang selalu datang ke kliniknya. 

“Saya percaya Gosnell jujur mahu membantu wanita dan melindungi mereka daripada didera dan diabaikan,” katanya.

Perbicaraan itu kini masuk minggu ketiga dan dijangka selesai akhir bulan ini. 

Lapan pekerja klinik sudah mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan, manakala pekerja kesembilan masih dibicarakan dengan Gosnell. 

Massof bekerja lima tahun di klinik itu sebelum meninggalkan tempat itu pada 2008 kerana bertelingkah dengan pekerja lain.

“Saya rasa macam anggota bomba di neraka. Saya tidak dapat memadamkan kebakaran,” katanya.

Dia menghadapi tuduhan membunuh tiga tahun kemudian selepas siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) terhadap pemberian ubat tahan sakit Gosnell mendorong kepada serbuan di klinik itu dan kes pengguguran lebih serius.

Pendakwa raya menuduh Gosnell mengaut keuntungan lebih AS$1 juta (RM3.1 juta) setahun di klinik itu. Dia mengenakan bayaran sebanyak AS$3,000 (RM 9,168) untuk setiap pengguguran. - Daily Mail
P/S: kejam sungguh la dorg ni. xda perasaan lgsung,. hisshh


05 April 2013

Lelaki taksub jadi Ikan Duyung


Assalamualaikum :) Dunia oh dunia makin pelik.


Tallahassee (Florida): Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu.
Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam.

Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung.
Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri.

“Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur.

“Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” katanya.

Foto

                                    PELBAGAI gaya Ducharme sebagai ikan duyung.


Foto
                          DUCHARME berenang dengan memakai ‘ekor’ ikan duyung.


Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri.

Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi.
Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.

“Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar,” katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu.

“Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya. - The Sun

Sumber: Metro

04 April 2013

Si Mati 'Hayati' Hari Berkabung


Assalamualaikum wbt :))

Banyak-banyak benda pelik-pelik, yang ni lgi la pelik, hmm apa la yg diorang fikir ni kann,,


Beijing: Seorang mahasiswa mengadakan majlis pengebumian untuk dirinya sendiri kerana tidak mahu ‘terlepas’ daripada mengalami peristiwa itu.
Untuk membolehkan ia berlangsung, Zeng Jia menggunakan wang simpanannya dan mengupah syarikat yang berkenaan mengadakan majlis itu sama seperti yang dilakukan terhadap orang yang sudah mati.

Selain dihiasi bunga-bungaan, majlis itu juga berlangsung di Wuhan dengan dihadiri sejumlah orang yang meratapi ‘kematian’ berkenaan serta dirakam jurugambar. Kata Zeng, berdasarkan apa yang dilaluinya majlis itu tidak menyebabkan dia takut atau ngeri.
“Sebaliknya ia memberi kesan positif kepada saya,” katanya. Untuk menjayakan majlis itu, Zeng berbaring kaku dalam keranda berhias bunga selama sejam sambil satu anak patung Hello Kitty diletakkan di atas dadanya.

Di atas Zeng, digantung beberapa lipatan kertas berbentuk burung merpati. Zeng mengupah sekumpulan jurusolek yang mahir menghias mayat bagi membolehkan dirinya benar-benar menyerupai orang mati. Seorang lelaki berpakaian seragam tentera berdiri mengawal ‘mayat’ Zeng ketika rakan dan keluarganya memberi penghormatan terakhir.

Kata Zeng, dia terfikir mengapa orang lain menghabiskan masa dan penat lelah untuk seseorang apabila mereka sudah mati dan tidak lagi dapat menghargainya. “Saya mahu melihat bagaimana orang mengingati saya.


Foto

         PELAWAT ‘meratapi kematian’ Zeng yang berbaring dalam keranda selama sejam.

Foto

                                 ZENG berbaring dalam keranda selama sejam.



“Justeru, saya mengatur majlis pengebumian sendiri dan ternyata ia menyeronokkan,” katanya. Selepas majlis itu berakhir, Zeng keluar dari keranda dan memberikan ucapan kepada semua yang hadir. “Mengalami kematian membolehkan saya menghargai hidup dengan lebih bermakna.

“Saya benar-benar gembira selepas keluar dari keranda,” katanya. - Daily Mail
Sumber : Metro


03 April 2013

Jari Kelingking Anak dalam perut anjing


Assalamualaikum :)


Florida: Seorang lelaki menembak mati seekor daripada anjing kesayangan keluarga dan membelah perut haiwan itu selepas ia membaham sebatang jari anaknya.
Sebelum itu, Fernando Brignoni, 11, sedang memanjakan anjing peliharaan mereka sekeluarga, Sassy, apabila haiwan berkenaan tiba-tiba membaham tangannya.

Mendengar Fernando menjerit kesakitan, bapa budak itu, Luis bergegas ke halaman dan memukul kepala Sassy.
Namun, selepas Luis, 43, menarik tangan Fernando dia mendapati jari kelengkeng anaknya telah putus dan dipercayai berada dalam perut Sassy.

Ketika itu, kata Luis, anjing berkenaan masih berlegar-legar di laman rumah mereka di Bradenton.

Dalam keadaan itu, Luis berkata, dia sedar tidak ada pilihan lain kecuali menyelamatkan jari Fernando dengan membunuh Sassy.
Foto
FERNANDO masih dirawat di hospital kerana cedera di tangannya tetapi dia dijangka dibenarkan pulang tidak lama lagi.
“Saya mengambil pistol dan menembak Sassy,” katanya.

Sebaik saja Sassy mati, Luis membelah perut anjingnya untuk mendapatkan semula jari Fernando. Menggunakan helikopter, Fernando kemudian diterbangkan bersama jarinya ke hospital. Kata Luis, dalam keadaan mencemaskan, seseorang boleh bertindak apa saja demi menyelamatkan anak mereka.
“Anda tidak tahu dari mana kekuatan itu datang,” katanya. Walaupun begitu, Luis mengakui dia amat sedih kerana kehilangan Sassy yang dipeliharanya sejak tujuh tahun lalu.

“Pada asasnya, kami kehilangan sebahagian daripada anggota keluarga,” katanya. Kata Luis, dia terpaksa membuat pilihan sukar.

“Saya terpaksa mengutamakan anak daripada Sassy dan ketika itu, saya tidak mempunyai sebarang pilihan,” katanya. Di sebalik tindakan nekad Luis, jari Fernando tetap gagal diselamatkan kerana ia mengalami kerosakan saraf. - Metro

P/S: kesian kan anak dia, kesian jugak anjing dia, pelihara 7 tahun tpi tpksa bunuh,, Ibubapa snggup buat apa saja demi anak kan. . :))