17 May 2013

lelaki di dalam lukisan :)


Foto

LUKISAN cat minyak yang dihasilkan Chloe saling tak tumpah dengan wajah suaminya.




London: Pada 2009, seorang pelukis menghasilkan karya memaparkan sepasang kekasih sedang bercinta sebagai tema kerja tangannya.
Empat tahun kemudian, Chloe Mayo, 31, benar-benar mengahwini lelaki yang mempunyai wajah mirip dengan imej khayalannya sebelum ini. Menurut Chloe, ketika dia menghasilkan lukisan itu, dia tidak mempunyai teman lelaki, sebaliknya secara spontan melakarkan imej dirinya dengan seorang lelaki yang wujud dalam khayalan. “Saya tidak memikirkan sesiapa ketika itu,” katanya.

Selepas menyiapkan lukisan berkenaan, ia kemudian dibiarkan berhabuk di sudut ruang tamu rumahnya. Untuk mencari pasangan, Chloe menyertai laman mencari jodoh yang diuruskan secara dalam talian dan akhirnya berkenalan dengan Michael Goeman.


Dua bulan kemudian, mereka bertemu dan Chloe terkejut melihat Goeman, 30, saling tidak tumpah seperti lelaki dalam lukisannya. Kata Chloe, bagi mengelak ditinggalkan Goeman, dia menyorokkan lukisan itu di bawah tilam dan hanya menunjukkannya selepas benar-benar yakin hubungan mereka akan berpanjangan. “Nasib baik Goeman tidak tawar hati dengan lukisan itu dan kami terus menjalin hubungan selama 18 bulan sebelum dia melamar saya ketika kami bercuti di selatan Perancis,” katanya. Tiga tahun selepas bertemu, Chloe dan Goeman akhirnya berkahwin dan lukisan itu mendapat tempat istimewa di ruang tamu rumah mereka di Worcester Park dekat Croydon di Surrey.

Kata Chloe, dia berpindah balik ke Britain selepas menghabiskan masa bekerja di Australia pada 2009.

“Ketika itu saya nampak rumah saya perlu diberi kesegaran baru.




Foto
PASANGAN Chloe dan Goeman berkahwin selepas tiga tahun berkenalan.



“Justeru, saya mula melukis beberapa gambar untuk mencantikkan dinding dan saya ada beberapa idea untuk menjayakannya,” katanya. Menurut Chloe, dia mahu menghasilkan gambar sepasang kekasih pada waktu malam, tetapi tidak mempunyai gambaran secara khusus.

Dia kemudian mula melukis mengikut rasa hatinya.
“Saya melukis ciuman berguguran dari pokok supaya ia kelihatan romantik tetapi wajah pasangan itu saya hasilkan secara spontan,” katanya. Selepas berkenalan dengan Goeman dan keluar makan malam bersama, kata Chloe, barulah dia tersedar wujud persamaan wajah kekasihnya dengan gambar yang dilukis. Sejak berkahwin, rakan mereka menggelarkan Goeman sebagai ‘lelaki di dalam lukisan’ kerana persamaan berkenaan. - Daily Mail

P/S : hm.. rasa best pulak kan,,Allah bagi petunjuk jodoh mcm2 dekat manusia ni,, just bersabar :)

Entri copypastaaa :)

16 May 2013

guruku sayang





Buat guru-guru yang disayangi terutama cikgu umi :) haaa rindunyaaa. .thanks for everything cikgu2 yg pernah ajar aku .. sampai sekarang alhamdulillah still and will always be a person .. a better person insyaAllah :) if Allah wills :)

"Selamat Hari Guru Again"


15 May 2013

oh kerja ..


Assalamualaikum,

huwaa, update blog sebab bosan. auch kesian. hihih..

and yes today is my day 3 of working :) 3 hari gigih kerja kan although tempat yg sama but yeah i love being in my comfort zone here.. hehe,,

super duper penat kerja but our mom and dad lagi sengsarakan,, kita ni baru susah sikit merungut jak lebih, aiyoo., Alhamdulillah the staff pun menerima keadaan diriku di sini dengan gumbiranya. aww plis la era :P


hehe

sori2,


kerja selama sebulan ,hmm bukanlah sebulan pun sebab aku mau minta cuti lagi, ,nasib part time, klau full time lama suda kena buang kerja, hihi, baru 3 hari kerja mau minta cuti 4 hari ,,grr. eraaa eraa..

ohyaa, this coming sunday- 19/5/13..i'll going to Malacca :) wuu, sebab kursus, bukan kursus laa mcm ceramah2 la gituuu.. lect ckp mau panjat gunung ledang tuh.. aku xpasti la jugak kann.. hehe,, wish me all the best,, harap bnyk kwn sebab peserta dari Poli Sandakan just 3 org jak and aku 1 org pompuan,, ish2.. harap byk kwn.. plis pliss pliss :))


okay work work :)



till then ..
take care people.. 



12 May 2013

tamat latihan industri dan presentation.. hilang stress


Assalamualaikum..


ehem,ehem,,, lama gila aq xupdate kan, ,hehe,,Alhamdulillah lepas juga fasa-fasa yang amat ngeri dlm hidup ini.. hihi,, bukanlah ngeri mna pon tapi for me ia sgt2 mencabar fuhh..

tanggal 3hb 6 2013.. maka tamatlah latihan industri aq dkt Borneo Eco Tours.. 5 bulan praktikal mcm2 bole dapat wooo.. lepas tu tgal 8,9,10 masa utk present.. hurm, 3 hari ni laa yg paling mencabar..

hari pertama---- datang dengan penuh yakin pegi Poli,, best laa jumpa lagi dgn kawan2.. argghh rindu gilaaaa.. hehe,emang gila sih,, :P lepas tu bawa buku report, jurnal, laptop dengan harapan ari tuh jugak lah siap.. tapi  bila lect tengok buku report, alaah hampeh,, banyak yg xlengkap.. surat cuti tiada,, hurm, frust frust tau.. tapi xpalah still 2 days left kan ,jadi oklah.. ada masa jugak cover semua.. tapi dalam hati argh stress .. sepatotnya xdala stress tapi entah laa,, aku emang mcm tu laa,, salah sikit memang cepat stress ,,aiyoo.. jumpa kawan lama mcm2 brubah ,yg xbrubah lgsung pon ada.. hehe,, semua mkin matang tapi perangai pelik masi ada, hihihihih


hari kedua----awal2 pagi cepat2 siap.. pegi ofis balik minta sign itu laa ini laa, bawa laptop apa semua. hui berat tau,, tapi demi markah dan masa depan aku sanggup :)) terharuuuu eh,, ,  hihi.. lepas tuu tunggu my dad hantar p poli,, dalam masa yg sama still update buku harian ,, sebabnya xlengkap... salah aku juga xtanya2 kan :( ... tengok2 daftar hari kedua ada lagi yg xlengkap.. markah dri company ,yg boss bagi xsberapa ok la pulaaak,, jadi lect tu suru p lagi ofis minta marks yg paling best... Thanks la encik lecture,, dalam masa mendaftar banyak nasihat di curahkan,,, sampai menangis depan dia.. bukan minta simpati atau apa2 laa. tapi  aku memang rasa sedih gila, ,i dunno, banyak benda yang aku simpan sendiri,, terasa dengan apa yg org ckp tapi aku xpernah mau luah dengan sapa2 pun,,, nangis sendiri dalam hati tengok2 terluah jugak depan lect.. argh malunya tapi sedih2 tu pun dapat info yang amat berguna :) tapi last2 aritu xdpt jugak present.. aduhh tambah stresss..


hari ketiga---- mcm hari kedua pegi ofis balik minta supervisor sign,, dia bagi markah yang kaw2 punya,, senyum lebar tross. hahaha,,, thanks banget encik Bingo !! lepas tu pegi Poli trus masuk bilik lect mau present.. tapi tngok2 lupa bawa final report,, hihi,, tinggal dkt bilik kwn d hostel terpaksa lagi berlari pegi ambil.. huwaa dugaan betol.... last2 dapat juga present.. dengan penuh yakin ,bergegar, nerves ahh semua ada tauu... dari pukul 10 pagi sampai pukul 12 wooo aq present. hihi,, tapi bukan present pon,, bnyk crita jak dgn lect.  lect nyk bantu,, berbekalkan slide show yg agak kurg memuaskan tapi Alhamdulillah lect still okay... perkara yg paling aq selalu tnya dengan lect ialah... "hm encik praktikal saya terok ? "encik ini xokay ka? blablabla,,,, tengok xteruknya saya disini ialah,, kurangnya keyakinan diri.. haa perkara ini laaa yg lect salu bgtau,,, mesti yakin dengan diri, hihi,,  

lepas present tuu lect cakap theres only few things aku kena tingkatkan dan buang trosss
1. tingkatkan communication skill- ini aku memang lemah, tapi setelah praktikal ni lect aku pon perasan byk da berubah pasal ni.. hihi yeah sikit2 lama2 jadi bukit yooo

2. tingkatkan penggunaan bi- hihi,,, act aq rasa kalau lah aq diberi tawaran,, aku rela jadi penulis buku dari penjual buku tu sebab kalau aku cakap bi or malay aq memang terok.. haha,, hmm,, sekarang pon still learn lagi kann,, mesti bole jugak cakap bi tuu.. ceittt,, doakan era :)

3. buang sifat malu- lect cakap perasan malu memang dan mesti ada dalam diri,, tapi kalau ckp depan org mesti yakin, no takot2.. encik, thankyou sebab bagi nasihat, buka sem 5 ni i'll try xmalu lagi kalau present okay ?, hihi...


hm, thankyou encik2 lect.. 3 ari yg lalu memang stress tapi thankyou sebab bgi nasihat yg sgt2 berguna .. aku tahu aku bukan org yg sempurna tapi aku selalu cuba untuk menjadi yg terbaik,, bad and good things dtg msti ada sebab kan,, Alhamdulillah semua suda selesai. im a happy gurl :) Thanks to Allah,,, Thanks to mak bapa,  my family and my friends who support me..

and special thanks to myself.. hey era ko suda buat yg terbaik :) airmata semua tu berbaloi..penat lelah semua suda berbalas kan.. datang poli ko tgok diri kau tercalon dpt anugerah Dekan yg hari kedua baru ko perasan ada nama kau kan.. dalam diam2 diri kau tercalon ikot Pembimbing Rakan Siswa yg dicalonkan oleh semua lecturer.. alaa ko salu cakap diri ini bukanlah layak untuk do something better tapi kenapa lect tetap pilih kau era.. tetaplah jadi diri sendiri ..

imma terexcaited ! pakai baju merah menyala mak nyah harus untuk buat presentation.. maklumlah untuk semangat lebih.. gah*


Alhamdulillah,,,, akhirnya tamat. tapi aku sambung keja balik and tomorrow jadi hari pertama aku part time.. wuu for the 1st time aku keja for the real2 ni.... imma excaited jugakk,, niat utk tolong xbole lebih2 okay era :) Insyaallah kalau masi berkesempatan :) mohon doanya.. 


06 May 2013

stress -_-







hmm, lagi sibuk, finally final report siap!! argg tension woo. presentation, movie maker coming soon. .doakan tuan punya blog ni. ... -_-

p/s sori xdpt BW sekarang.. hewhew .stay tune guysss :))



02 May 2013

today and tomorrow -_-



Yeah esok last day kerja ,end of practical life :) ya or nayy.. report final belum siap. doakan cepat siap okeh.. im out my mind these few coming days. ohhh. 


Hebat --Tidak Mencukupi dengan 93 anak



Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi.
Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.

Abu Faisal berkata, dia melangsungkan perkahwinan pertamanya pada 1969 dan mula menambah isteri selepas itu dengan hasrat untuk memiliki lebih ramai anak.


Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. “Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.

“Saya berhenti berkahwin sejak tujuh tahun lalu dan merancang untuk berkahwin lagi bulan depan. Isteri yang enggan melahirkan anak saya lagi dipaksa ‘bersara.’ Ini bermakna saya menceraikan mereka dan memberikan sebuah rumah untuk mereka,” katanya.

Menurut Abu Faisal, anak bongsunya ketika ini berusia lapan bulan.
“Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak,” katanya.

Dia tidak menjelaskan kewarganegaraan isterinya atau menyatakan sama ada dia ingat nama mereka.