15 March 2013

hidup dalam dunia yang terbalik.. Menakjubkan

Photobucket
 

            BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’



Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.
Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.
Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun

^^Pelik kan ? tapi menakjubkan, tidak semua orang macam ni kan. hmm terfikir jugak macam mana dia lihat ni .Wallahualam, Semua Kuasa Allah SWT kan. Apa pun bole jadi jika itu hendaknya .Syukur


 

14 March 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH


Assalamualaikum :)

Yeay. Harini semangat join segmen dari Blogger Cinta itu Indah ,
1st time join ni tau :)

Jadi yg nak tambah kenalan @ tingkatkan trafik blog meh la join segmen ni ya kawan-kawan yg cntik, comel, hensem :)


Biarpun berblog dah lama, tapi followers masi ciput lagi, still 21. ohmaiii. hehe, 
tp its sokay, Usaha Tangga Kejayaan kan :) Horassss

Jom Join!!


haa, jangan malu jangan segan, kita ber hai2 okeh, cheersssss :)

'Amah Lambung' Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

Assalamualaikum


sekarang ni macam-macam kes jadi kan, kes buang anak jangan cakaplah, tapi kalau menjadi-jadi tahu lah sebabnya tu kan, semoga semuanya terhindar dari negatifnya perbuatan tu, lepas amah yang lambung anak majikan, tu lagi jadi Hot. .kerja baru 1 hari, Ya Allah, ngerinya :(




ni aku ambil dari Mstar Online :


KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa yang mendengar rayuan kes pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa mendera bayi majikannya Februari lepas, mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor atau mana-mana yang sesuai selama tiga bulan bagi menjalani pemeriksaan mental.
Hakim Datuk Seri Mariana Yahya mengarahkan pembantu rumah itu, Yuliana, diperiksa pakar sakit jiwa setelah mengambil kira laporan perubatan dari Hospital Medan, Indonesia bahawa Yuliana pernah mendapatkan rawatan mental di hospital berkenaan lapan tahun lepas.
Beliau berkata mahkamah turut mendapati seorang daripada anggota keluarga pemohon turut mengalami sakit mental.
"Untuk keadilan dan membolehkan laporan mengenai tahap kewarasan pemohon disediakan, mahkamah dengan ini mengarahkan pemohon (Yuliana) dihantar ke Hospital Tampoi, Johor atau yang sesuai bagi menjalani pemeriksaan kewarasan mental pemohon mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah," katanya.
Bagaimanapun Mariana menolak untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 20 tahun ke atas Yuliana sehingga laporan tahap kewarasan mentalnya dikeluarkan oleh pihak hospital.
Beliau menetapkan 20 Mei ini bagi mendengar laporan tahap kewarasan tertuduh sebelum menentukan sama ada hukuman terhadap tertuduh digantung atau diteruskan.
Pada 8 Mac lepas, Mahkamah Tinggi di sini mendengar permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara terhadap Yuliana berjumlah 20 tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen pada 19 Februari lepas.
Permohonan itu dibuat selepas peguam tertuduh T.Vijayandran berkata Yuliana perlu dihantar ke hospital psikiatrik kerana dia tidak pernah menjalani pemeriksaan mental ketika dalam tahanan polis sehinggalah tertuduh dibawa ke mahkamah dan dijatuhi hukuman.
Yuliana, 23, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 20 tahun selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada 15 Februari lepas.
Bagi pertuduhan pertama, ibu dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian mangsa pada 7.45 pagi, 15 Feb lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali. BERNAMA


Gambar Bayi Berdarah . hmm kesiannya








Hari ini di Facebook ada sebuah gambar luahan hati seorang bapa terhadap sikap seorang jururawat Hospital Besar Kota Bharu.
Sebenarnya perlu ada siasatan untuk memastikan apa yang benar-benar berlaku. Benarkah ada dialog seperti itu. Takut ibubapanya yang marah dengan apa terjadi dan mahu mengenakan jururawat tersebut.
Kisah sebenar kita tidak tahu lagi.
Berikut luahan bapa tersebut;
“Kerja Nurse hospital kota bharu, bile ditanya..nurse salahkan baby kerana bergerak gerak dlm babycase..bila ditanya lg, klau xsuka benda mcm ini, jangan masuk hospital kerajaan katanya..
Nasib baik isteri sendiri yg tnya, klau aku sendiri mmg mkn maki hamun gan aku..walaupun bukan anak sendiri, ingatlah tanggungjawab wahai nurse, esok2 kubur hang jawabla gan Tuhan sendiri..ini bukan anak sy, tp beringtlah kpd sesiapa yg sygkan anak..tolong share..”
“Ward 2 SCN, Pukul 6.30 Pagi td..B/O Nurul Wahidah Hospital Besar Kota Bharu”

hm tengok org sekarang, kita pun xboleh menyalahkan dan di persalahkan,, tapi kalau kes macam ni jejas nyawa baby tu lagi la parah kan, yg ada baby tu please pantau keadaan anak selalu ya..


Dipetik dari ohvideotv.com



11 March 2013

its been a long time


assalamualaikum fellas.

masih lagi di sini.
yeah this practical days will end soon. I hope so

day by day its seems like the same as always.
wake up every morning in monday and hoping tomorrow will be saturday. ohh man.

2011, my sister kahwin. my mom was very happy. Then..
2012, my 1st brother pulak kahwin. pastuu we'r guessing pasni rumah xkan dtg byk org dah, no one will kahwin lgii, BUT
2013, terkejutnya my 3rd brother will ends his zaman bujang. .wee, unbelievable. berharap la my brother kahwin lama lagi tp sudah tunjukkan hasratnya untuk kahwin wif his wewek.
my mom very2 not sure la pasal kahwin ni, tp msti ni semua Jodoh. Allah ada kan, He knows the best.

dulu, kami main kejar-kejar keliling ruma, cubit-cubit, marah-marah , geram sambil sumpah-sumpah lg, Allahuakbar.
sekarang, kami punya kehidupan lain. my brother kahwin. .he will have the new life then..
macam xpercaya kann, ,

cepatnya masa berlalu.

Ya Allah. kalau boleh undur masa kan best. nevermind. Syukran Alhamdulillah Ya Allah. Thanks for the life

Its been a long time