15 March 2013

hidup dalam dunia yang terbalik.. Menakjubkan

Photobucket
 

            BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’



Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.
Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.
Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun

^^Pelik kan ? tapi menakjubkan, tidak semua orang macam ni kan. hmm terfikir jugak macam mana dia lihat ni .Wallahualam, Semua Kuasa Allah SWT kan. Apa pun bole jadi jika itu hendaknya .Syukur


 

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum my Bumblebeee