02 April 2013

My DIY Shawl Halfmoon :)



Assalamualaikum wbt,

yeah, dalam keja2 ni pon sempat lagi menghapdet blog. kikikikiki.
tengok2 tajuk tuu,, hee, mgu lalu Good Friday cuti, lepastu sambung cuti lagi ari sbtu n ahad, 3 ari doe cuti.
Jadi relax2 dkt uma sempat siap buat shawl ,weee.

Actually ni trial ja pon., sbb ingat2 mau buat sendiri dari beli kn mahal, ( ^ 6 ) ciann, hehe
boleh jimat kan, bukan laa kedekut mau keluarkan duit tapi kalau bole buat sendiri why not kan ?




haa see, cantekk kn (puji diri)iskkk, just tmbh manik kecil2, sbb malas kan,, tapi cantik jugak laa tgok


senang jak buat shawl Halfmoon ni .whatchu need is kain chiffon kaler whateva u like, mesin tuk jahit tepi, gunting, dan shawl Halfmoon buat contoh, supaya senang la mau gunting..
aku xdak snap anything sbb ter-over-excited pulak buat DIY ni. haha, dah siap 3-4-5 kali aku try, ,tapi yg paling penting dpt cover our chest kn, , woot2 so skrg ni tgal beli kain buat sendirik habis cita, save doit :))

hmm, sbb xdpt bgi tgok aq buat g sini. .akak ni ajar buat DIY shawl ni jugak :))


tata..

Nombor Plat PM jadi rebutan buat kaki judi



Assalamualaikum :)



Bangkok: Nombor plat kereta Perdana Menteri Yingluck Shinawatra sekali lagi menarik perhatian kaki judi apabila orang ramai berkumpul untuk melihat nombor pendaftaran tiga kereta baru miliknya dengan harapan dapat memenangi loteri.
Mesyuarat bergerak Kabinet yang diadakan kelmarin di tiga wilayah Chachoengsao, Prachin Buri dan Sa Kaeo tiba-tiba menjadi perbualan hangat selepas media melaporkan Yingluck menggunakan tiga kenderaan baru.

Ramai penduduk di tiga wilayah berkenaan berkumpul di tepi jalan dan menunggu selama berjam-jam untuk menyaksikan kelibat kereta Yingluck melalui kawasan itu.
Semua kereta itu digunakan untuk bermesyuarat. Menurut laporan, Yingluck menaiki kereta dengan nombor pendaftaran 6594 di Chachoengsao, 4934 di Prachin Buri dan 555 di Sa Kaeo.

Bookie haram dilaporkan enggan mengambil pertaruhan loteri ke atas nombor pendaftaran kenderaan yang mempunyai kaitan dengan perdana menteri.

Sumber perjudian haram berkata, nombor itu adalah 4234 yang berpadanan dengan plat nombor van rasminya dan 2904, nombor badan helikopter yang menerbangkan Yingluck ketika lawatan mesyuarat bergerak Kabinet.
Bookie bimbang untuk menerima taruhan membabitkan nombor pendaftaran kenderaan perdana menteri kerana beberapa nombor pendaftaran kenderaannya pada masa lalu dalam loteri kebangsaan menyebabkan jumlah besar pembayaran terpaksa dibuat. - Bangkok Post
Sumber: Metro



Hmm org sekarang ni macam2 kan, kalau kt Malaysia mcm ni hish xtau laa,, Duit oh Duit. .



Arnab paling berat di dunia .


Assalamualaikum wbt

Foto



London: Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.
Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. “Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.

“Walaupun begitu, Ralph sihat,” katanya.
Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.

“Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya,” katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.


P/S: kalau aku ada arnab besar mcm tu kan best .tapi tahi dia msti byk juga kan ? hehe


Sumber: Metro

27 March 2013

Friendlyfashion yang WOW !! wuuuu



Salam 1 Malaysia,

hehe

Yeah arini nak share something yang Ohsem maybe bgi saya,, hehehe. alaaa, perkara biasa jaa pon, ceiittt..Balik keja ,bapa ambil tgok ada parcel, wuuu my Shawl arrived, hmm agak lambat guna Pos Daftar tapi its sokay laa, sampai dgn selamat jugak,,

So, dapat dua parcel, kelmarin and today,, dua-dua shawl,, hahaha agak membazir di situ kelihatan kan, sampai kena bebel,,, wuuuuuu banyak doit beli trus, sokay senyum2 kambing la sambil mngembekkkk :PP

beli shawl dari FriendlyFashion.my . Haaa sapa xtau lagii website tuu.. Okay FF ni da guna meluas tapi aku ja ni ketinggalan zaman, ceitt.. ni tempat jual Pre-loved items laa, yg lama2 dlm almari tu xmau pakai dah bgus jual murah2 dapat juga duit knn,, kn best, tapi item yg baru2 jugaa ada jual tau. Semua ada gelang, rantai, baju yang cantik2 lagi lawa adaa, hahaha rambang mata tgokk, hmm nasib laa duit tu xjatuh dari langit kn :PP wekkkss,

Aku baru beli 2 shawl, Yeay happy meee :D. firstly ingat mcm xboleh trust ja ni. tapi dah try beli konfem bole trust dah, tapi kena hati2 juga tau, ,jgn main beli jaa,, tgok respon dari penjual tu jugak, ,ok ka tak,, kalau rasa ok, haa grab la semua ,hihi


ni yg 1st aku beli, comel kan shawl tuu, hihi.. tapi mcm mau jual balik laa shawl ni, masi baru lagi, sapa mau bgtau ehhh.. 


ni yg kedua, yeahhh, tgok tuu ada notebook yg comel lagi seksi, hehehe, Thanks kak Safuraa, terharu gilaaa tgok parcel ni siap ada gift lagii, hm mcm nak nangis pon ada :(( hihi

heeee, haa tu laa pengalaman pertama sekali beli di FF, Besttttttt,,, xda tipu2 siap ada gift lagii, hihi,, jadi sapa yg shopaholic malas kuar ruma g la usha FF ni. murah ,cantikk, huwaaaa superb laa, hm, sekarang ni fikir2 lagi mau tulis 1st experience gna FF dkt FF ni. 



gi laa sign in ,shopping eh uolllss,, 
website FF : www.friendlyfashion.my...


26 March 2013

8 bulan tidur bersama mayat ibu^^


Assalamualaikum



Munich: Seorang wanita yang kesedihan tidur bersebelahan mayat ibunya selama lapan bulan di flet satu bilik kediaman mereka kerana tidak mampu mengebumikannya.
Kisah mengejutkan itu terbongkar selepas seorang pegawai dihantar ke rumah berkenaan di Munich untuk menuntut hutang pesara berusia 70 tahun itu.

Dia menemui mayat reput wanita itu di atas katil.
Menyedihkan lagi apabila anak perempuannya yang hidup dengan bergantung kepada bantuan kerana menganggur tidak menyedari dia mungkin ditangkap kerana tidak mengebumikan ibunya, kata polis.

Di Jerman, mereka yang tidak mampu membayar upacara pengebumian boleh memohon bantuan sebanyak 3,200 euro (RM12,834) daripada kerajaan untuk menampung kos itu.

Wanita berusia 39 tahun itu dimasukkan ke pusat psikiatrik atas permintaannya.
Polis mula menyiasat sama ada dia menuntut wang pencen ibunya kerana menyimpan mayat ibunya di rumah.

Warga emas terbabit meninggal Julai tahun lalu dan meninggalkan anak perempuannya dengan jumlah hutang yang banyak. Kerana tidak mampu menerima hakikat kematian ibunya dan beban hutang ditanggung, dia merahsiakan kematian wanita tua itu. - Agensi



sumber : Metro