12 June 2015

antara aku dan DIA



" kadang2 orang tak faham gunanya tarikh di setiap entri blog atau status.
maka aku hendak terangkan.

tarikh adalah batu tanda kejadian.
tentang bila.
mengenai ketika yang khas itu.
terjadi di spesifiknya waktu.

begitu tidak adil dan kejam andai sesuatu yang ditulis pada suatu tarikh digunapakai di tarikh yang lain. boleh jatuh fitnah. boleh porak-peranda. boleh membakar amarah.

anita dua tahun lepas menulis tentang bahagianya dia berdangdut dengan musa.
semalam--
dia menulis tentang syurga itu terlalu cantik warnanya.
kenapa dipersoal siapa anita yang dulu?
kenapa tidak dinampak semenjak ramadhan tadi dia begitu gigih mencari diri yang baru?

azri tujuh tahun lepas menulis dengan maki tentang bencinya pada perempuan dan betapa takkan mungkin dia menghormati wanita lalu menikahinya. 
tadi--
dia bercerita tentang gigi pertama anaknya yang sudah mahu rompong kerana gula2.
kenapa dipertanya siapa azri yang dulu?
kenapa tidak dipandang bagaimana dimuliakan isterinya ke tahap pelangi di langit biru?

cepat.
atau lambat.
itu sahaja.

perubahan kita manusia--
ada.
cuma cepat--
atau lambat.

kita semua bukan kita 5 tahun dulu.
kita semua bukan kita 3 bulan lalu.
kita semua bukan kita 4 saat tadi.
kerana kita manusia--
dan kita percaya pada memperbetul diri.

jangan hukumkan seseorang hari ini demi tulisannya sebelas ribu tahun yang lalu. 
bagaimana bernanah dia, sekurangnya dia sedang bertatih kini.
bagaimana pujuk dia agar diterima tuhan, itu antara dia dengan rabbi.

janganlah pula tudingkan seseorang hari ini demi dirinya atas apa yang kau tafsir pada mata kamu.
bagaimana berulat dia, sekurangnya dibangkit semula esok pagi.
bagaimana busuk dia, mungkin dia yang mendapat sempat berbanding kita sendiri.

sibuk2 busuk orang,
mulut sendiri lupa diperiksa.
sibuk2 ketiak orang,
badan sendiri lupa dijaga.

kita semua pendosa.
mungkin masanya berbeza2.
mungkin dosanya tidak pun sama.
tetap--
tak ada kalangan kita yang sempurna.

syurga itu terlalu luas untuk kau lokekkan.
apa seronok merasa nikmat tanpa ada siapa2 untuk kau kongsikan?
apa bahagia menggomol keindahan tanpa ada siapa2 untuk kau sama2kan?

berhentilah menjadi tuhan.
kalau tak mau dibantu tatihnya--
jangan dipengkes kaki mereka.

biarkan. 

kenangkan--
andai rasulullah memandang masa lalu--
tak mungkin umar menjadi al khattab.

umar.
yang ketika kafirnya menanam hidup2 anak perempuannya.
yang suatu masa dahulunya bersekongkol ketat dgn abu jahal yang gila.

umar.

*hela nafas*
haih...

aku adalah antara yang tidak percaya pada memadam entri2 lalu.
aku dengan waras mau membiarkannya terjelas.
bagi aku--
masa lepas layaknya dibiar di masa lepas.

aku perlu biarkan demi suatu masa dibaca setiapnya satu persatu.
agar aku SENDIRI melihat betapa jauh perjalanan aku mencari tuhannya.
sehari seinci--
jadilah, dari tak ada.

mana tau,
satu hari nanti,
ada yang berkata:
"kalau perempuan seburuk INI mampu kembali pada tuhannya--
apa lagi aku".

aku percaya,

cahaya tetap sudi menjamah aku. "


("FYNN JAMAL")



26 May 2015

Pejamkan mata

Duniawi

Sering ku terkejar kejar sampai lupa akhirat

Ampuni hamba Mu ini Ya Allah

27 April 2015

What do i need.

Pagi2 tu, aku bangun terlepas dari mimpi
Lihat cermin, lebam mata aku,, senyum. Apa yang perlu cuma senyum
Perempuan kadang menyusahkan tapi menyenangkan,
Kadang2 perempuan merumitkan

What do i need
Cuma perlu kata semangat awal pagi,
Cuma perlu kau kata okay ka pagi2 ni,.
Cuma perlu sedikit ayat untuk ceriakan pagi aku

Tak perlu byk bicara.

Aku faham apa mau mu, apa tanggungjawab mu, apa tugasmu

Aku tau kau penat, bgtu jga aku. Tapi penat ini untuk apa

26 April 2015

In the night

Do every tears drop count.

Do every smile fades away

Perempuan,
Is selemah lemah ciptaan Ilahi

Tiap malam sayu, tiap malam kabur, tiap malam pedih.
Cuma mungkin saja ini lah perhubungan
Hmmm.

Perempuan,
Tak difahamkan akalnya mau nya apa

Kalau boleh aku mau usap air mata ini, yang selalu ada, yg selalu menemani,
Hari ini air mata itu keluar lgi. Tapi kadang tak tahu utk apa.
Inikah perhubungan

Aku xfaham
Mungkin cuma aq yg xmemahami,
Atau mau cuma diri sendiri difahami

Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku baca setiap air mata yg keluar , bdosa setiap lelaki itu,, aku minta maaf
Mungkin air mata ini utk aku , barangkali

Hmmmm.