Chandigarh (India): Seorang bayi berusia tiga hari dijual datuknya sendiri pada harga RM44,770 melalui laman sesawang Facebook.
Kejadian itu berlaku selepas lelaki terbabit berbohong kepada anak perempuannya kononnya bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan. Polis Punjab berkata, lelaki itu hanya dikenali sebagai Firoz ditawarkan wang bernilai Rs45,000 (RM2,518) oleh seorang jururawat hospital dan temannya yang terbabit dalam sindiket penjualan bayi.
Selepas Firoz mencuri bayi berkenaan, dia menjualnya kepada jururawat terbabit sebelum ia dijual pula kepada seorang ahli perniagaan New Delhi dengan harga Rs800,000 (RM44,770) melalui perjanjian yang dilakukan melalui Facebook. Media tempatan melaporkan, ibu bayi itu hanya dikenali sebagai Noora bersalin di sebuah hospital di Ludhiana pada 8 April lalu dan dibenarkan pulang sehari kemudian.
Namun, pada 10 April, seorang jururawat bernama Sunita dan rakannya, Gurpreet Singh mengambil semula bayi lelaki itu kononnya kerana tidak sihat. Sehari kemudian, Firoz berbohong kepada anaknya dan mendakwa bayi terbabit meninggal dunia.
Pada 12 April, beberapa orang dilaporkan datang ke rumah Noora dan menyerahkan bayaran Rs45,000 kepada Firoz dan lelaki itu meninggalkan rumahnya.
Bagaimanapun, Noora mengesyaki sesuatu apabila Firoz tiba-tiba memiliki wang yang banyak dan dia membuat aduan kepada polis mendakwa anaknya hilang.
Noora mencium anaknya yang baru berusia 10 hari selepas dia diselamatkan daripada sindiket penjualan bayi.
SUNITA (bertutup muka) diiringi polis selepas ditahan di sebuah hospital.
Pihak berkuasa kemudian berjaya mengesan Firoz di bandar Saharanpur di Uttar Pradesh.
Jurucakap polis berkata, ketika disoal siasat, Firoz akhirnya mendedahkan rancangan jahat berkenaan.
Katanya, polis kemudian bergegas ke hospital tempat Sunita berkerja dan berjaya menemui bayi terbabit. - Daily Mail.
Assalamualaikum. masyallah. tergamak diorang kan. kesian noora tu =.='
ReplyDeletewasalam kak. hurm, sbb duit semua pun snggup kan kak
Deletedunia sekarang..duit ja diaorang nampak..huhu
ReplyDeleteaah kan. ni manusia jadi alpha kan.
Deleteishh sebab duit la manusia mudah lupa diri huhu
ReplyDeletefae
tu laa. hurmm ..
Deletemata dah gelap dgn duit macam nilah jadinya. darah daging sendiri pon nak di jual.
ReplyDelete