11 April 2013

G-Dragon in da house yoooo everibadeh :))




Assalamualaikum , Gud Morning dunia, Alhamdulillah praise to Allah swt dan Rasul junjungan, :))

yeah, yg dok KL yang minat KPOP gila ni bole p tgok G-Dragon kan. .tapi yg dok sbh ni bole dgr2 jak. hehehe.. im not a fanatic of KPOP act, ,tapi lgu2 dorg ni bole layan jugak la, hihihi,, baca dlm Metro pasal kedatangan G-Dragon ni haaa, kalau G-dragon ni aq suka lagu dia -MISSING YOU, pernah jdikkan background dkt blog tapi suda buang, hihi, fanatic xfanatic lagu tetap main. cehhh


Kiut jugak dia ni kann. hehe


Mengesahkan konsert solo sulungnya di Malaysia, penyanyi kesayangan ramai juga anggota kepada kumpulan BigBang, G-Dragon atau GD jelas mengotakan janjinya untuk kembali ke sini selepas beraksi di anugerah berprestij, Golden Disk Awards ke-27 (GDA27) awal tahun ini.
Baru bertandang ke sini menjayakan anugerah berkenaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, penyanyi Crayon itu bakal menghangatkan Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Jun nanti bermula jam 8 malam. 
Bagaimanapun pembelian tiket konsert berjudul G-Dragon World Tour: One of a Kind anjuran Running Into The Sun serta Woohoo! Experience itu masih belum dibuka dan hanya akan dimaklumkan kelak.

Menyorot kegemilangan jejaka berusia 24 tahun ini, meskipun nama kumpulan BigBang yang dianggotainya itu sendiri sudah masyhur namun dia membuktikan dia juga boleh berdiri sendiri sebagai artis solo.

Menjadi konsert siri jelajah dunia yang pertama, ini juga adalah konsert solo keduanya selepas beraksi di Olympic Park, Seoul, Korea Selatan pada 2009.

Bukan saja namanya gah di Asia, GD yang petah berbahasa Inggeris turut melebarkan sayap dan berkolaborasi dengan beberapa nama besar di Barat termasuklah Flo Rida dan Pixie Lott.

Mencatat kejayaan tersendiri apabila album pertamanya, Heartbreaker ternyata mencetuskan fenomena dengan rangkaian lagu seperti A Boy, Heartbreaker, Breathe, Butterfly dan Hello, sebaik album kedua, One of a Kind menjengah pasaran, namanya terus marak.

Dua lagunya, Crayon dan That XX turut meledak apabila berjaya mendominasi beberapa carta utama di Korea Selatan dan pada konsert itu nanti, dia bakal menyanyikan rangkaian lagu daripada album berkenaan.

Berpengaruh kuat sebagai komposer, penulis lirik dan juga produser muzik, GD juga bukan saja mendominasi lapangan muzik malah turut diberi jolokan ‘fashionista’ paling berpengaruh juga.

Ini berikutan dia sering tampil dengan fesyen bercita-rasa tinggi dan unik sehingga menjadi ‘trend-setter’ kepada peminatnya di seluruh dunia. Disebabkan itu juga, dia melakar rekod tersendiri apabila tersenarai sebagai satu-satunya artis lelaki Korea Selatan dalam program CNN berjudul ‘50 reasons why Seoul is the world’s greatest city.

Tidak mustahil mengulangi sejarah konsert BigBang yang berjaya mengumpulkan kira-kira 25,000 penonton sewaktu konsert kumpulan itu diadakan di Stadium Merdeka, tahun lalu, kedatangan GD pastinya paling dinantikan sekarang.

Sedangkan sewaktu berkunjung untuk GDA27 tidak lama dulu pun, kebanyakan peminat hadir semata-mata untuk menyaksikannya, GD ternyata antara artis Korea Selatan yang relevan dan mempunyai pengikut tersendiri.

Setakat ini, antara anugerah yang pernah diraih pemilik nama sebenar Kwon Ji-yong itu termasuklah Artis Solo Lelaki Terbaik (Soompi France Awards 2012), Lagu Terbaik - Crayon (Soompi France Awards 2012), Artis Lelaki Terbaik (Omona They Didn’t Awards 2012), Rakaman Album Terbaik - One of a Kind (Seoul Music Awards 2013) dan banyak lagi.

Selain Malaysia, penyanyi terbabit turut mengesahkan akan berkunjung ke Jepun, Hong Kong, Taiwan, China, Singapura, Thailand dan Indonesia untuk siri jelajah berkenaan.

Take care peeps :)


4 comments:

assalamualaikum my Bumblebeee